Hubungi Sekolah Menengah Kebangsaan SIK

Foto saya
Tel: 044695278 - Fax: 044692982

Jumaat, 21 Ogos 2009

Peperiksaan Percubaan PMR

Ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah diadakan di SMK Sik dari16hb Ogos 2009 hingga 20hb Ogos 2009.

Seramai 201 orang pelajar tingkatan 3 telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Oleh kerana risiko H1N1, segelintir pelajar telah memakai topeng.

Ujian gantian bagi pelajar yang tidak hadir semasa ujian tersebut telah diadakan pada 1 September 2009. (Markah dikira dalam format berbeza.)

Sabtu, 30 Mei 2009

LAWATAN KE PERLIS

Tanggal 29 Mei 2009, SMK Sik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perlis selama satu hari. Murid-murid yang terlibat berkumpul di sekolah pada pukul 7:30 pagi dan bertolak lebih kurang pada pukul pagi. tempat-tempat yang dilawati termasuk Kilang HPA, Kompleks Pertanian Negeri Perlis, Padang Besar serta ladang burung kasawari. Rombongan selamat pulang pada pukul 11:30 malam.

Ahad, 17 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Pada 17 Mei 2009, SMK Sik telah mengadakan sambutan hari guru bermula dari pukul 7:30 pagi dengan perhimpunan perdana di tapak perhimpunan sekolah. Sambutan ini diikuti dengan sukaneka guru dan persembahan pelajar. Majlis tamat pada pukul 1:30 tengah hari seperti yang dirancang.

Khamis, 9 April 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS ASRAMA, PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN PENGERUSI DI KEDA BENDANG MAN

Tanggal 9hb April 2009, Khamis, bermula dari 3:30 petang, semua pengawas-pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, pengawas-pengawas asrama, pengawas-pengawas Perpustakaan Al-Jawahir serta pengerusi-pengerusi kelab, persatuan dan unit beruniforn SMK Sik telah berpusu-pusu ke KEDA Bendang Man bagi mendaftarkan diri ke Kem Kepimpinan yang telah berlansung selama 3 hari 2 malam di Kem 3, KEDA Bendang Man.